Remaja Warga Tempatan Ditahan Kerana Miliki Syabu

Suspek yang ditahan selepas dadah seberat 5gram ditemui dengannya. Gambar IPD Sandakan

SANDAKAN: Polis berjaya menahan seorang remaja lelaki warga tempatan kerana dipercayai memiliki 5 gram dadah jenis syabu, di Bangunan Kedai,Batu 7 Taman Merpati, dekat sini semalam.

Dalam Operasi Cegah Jenayah itu, suspek warga tempatan berusia 16 tahun ditahan kira-kira pukul 5 petang oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata suspek yang dalam keadaan mencurigakan itu diperiksa dan pihaknya menemui lapan paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu di dalam poket seluar suspek.

“Dadah terbabit dianggarkan seberat 5 gram dengan nilai pasaran RM300.

“Kita turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap suspek dan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *