Lelaki Rebah Di Pentas Semasa Menyanyi Disahkan Meninggal Dunia

Mangsa hanya sempat memulakan nyanyiannya beberapa saat sebelum rebah tidak sedarkan diri.

Lelaki rebah di pentas disahkan meninggal dunia


Kota Kinabalu: Suasana meriah sebuah majlis pertandingan nyanyian bertukar gempar apabila salah seorang peserta rebah semasa menyampaikan lagu di pentas.

Malangnya, mangsa yang juga seorang penyanyi lelaki veteran berumur 52 tahun itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Video rakaman mangsa secara tiba-tiba rebah ketika menyanyi tular di laman sosial selepas kejadian itu sekitar petang Sabtu.

Mangsa segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi pada Ahad mengesahkan kejadian itu.

Pihaknya ada menerima laporan berkenaan dan punca kematian masih dalam siasatan.

Difahamkan, mangsa meninggalkan isteri dan seorang anak.

Pertandingan nyanyian lagu Cina itu dianjurkan oleh sebuah persatuan nyanyian di sini. – Utusan Borneo
 

1449