11 Orang Ditangkap Tengah Leka Berjudi Online Dalam ‘Op Dadu’ Di Sandakan

Gambar ketika sebuan di salah sebuah premis serta rampasan dan juga tangkapan saspek – Gambar IPD Sandakan

SANDAKAN, 23 Jun – Bahagian Siasatan Jenayah Sandakan menahan 11 orang dipercayai terlibat dengan kegiatan perjudian tanpa lesen, di sekitar Sandakan dalam Ops Dadu petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin, suspek terdiri daripada enam wanita dan lima lelaki berumur 18-54 tahun.

Gambar ketika sebuan di salah sebuah premis serta rampasan dan juga tangkapan saspek – Gambar IPD Sandakan

“Semua yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan untuk siasatan selanjutnya, di bawah Seksyen 4A (a) dan Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd Azhar, wang tunai berjumlah RM3,844 antara barangan yang dirampas daripada kesemua suspek.

Dalam perkembangan lain, seorang remaja lelaki berumur 16 tahun ditahan, kerana memiliki kira-kira lima gram dadah jenis syabu, dalam satu operasi pencegahan jenayah kira-kira 5 petang semalam, di sebuah bangunan kedai di Taman Merpati, Batu 7 di sini.

“Semasa operasi, suspek yang dalam keadaan mencurigakan telah diperiksa, hasilnya menemui lapan paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu, dalam poket seluar suspek,” kata Mohd Azhar.

Beliau berkata suspek turut positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah disyaki untuk mengedar dan Seksyen 15(1) akta yang sama kerana mengambil dadah.

Gambar ketika sebuan di salah sebuah premis serta rampasan dan juga tangkapan saspek – Gambar IPD Sandakan
Gambar ketika sebuan di salah sebuah premis serta rampasan dan juga tangkapan saspek – Gambar IPD Sandakan
Gambar ketika sebuan di salah sebuah premis serta rampasan dan juga tangkapan saspek – Gambar IPD Sandakan

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *