
Kota Kinabalu: Rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Lorong Patuma Kepayan Rumah Murah kira-kira jam 7 malam Khamis.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Norkizan Duruddin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian jam 7.06 dan menggegaskan 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama dua jentera ke lokasi.

“Semasa kedatangan anggota ke lokasi rumah jenis tidak kekal seluas 50X30 kaki persegi terbakar sepenuhnya dan anggota menjalankan pemadaman menggunakan sumber air dari jentera.
“Kebakaran dapat dikawal jam 7.40 malam dan tiada kecederaan serta kematian dilaporkan dalam kes ini.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 8.50 dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut,” katanya.