Isteri Hamil Tiga Bulan Selamat Selepas Ditolak Suami Dari Tebing

Suspek ditahan polis Thailand. Agensi

BANGKOK: Seorang usahawan warga China ditahan kelmarin kerana cuba membunuh isteri yang mengandung tiga bulan dengan menolaknya dari tebing tinggi di Taman Negara Pha Taem, baru-baru ini.

Mangsa, Wang Nan dan kandungannya terselamat selepas dia terjatuh dari tebing setinggi 34 meter pada 9 Jun lalu dan kini dilaporkan stabil, lapor South China Morning Post.

Siasatan polis mendapati suspek Yu Xiaodong bertindak demikian kerana berang apabila isterinya hanya bersetuju untuk melangsaikan separuh daripada hutangnya.

Wang memberitahu akhbar Thai Headlines, suaminya mengajak melihat lukisan gua berusia 3,000 tahun yang terletak berhampiran platfom meninjau.

Ketika mereka menghampiri tebing, Yu tiba-tiba pusingkan badan Wang dan menciumnya sebelum menolak mangsa.

Wanita malang itu memberitahu dia masih sedar diri selepas terjatuh dan menjerit meminta tolong selama 20 minit sebelum diselamatkan.

Wang yang patah beberapa tulang akibat insiden itu menunggu sehingga suaminya tidak berada di hospital untuk melaporkan kejadian sebenar kepada polis.

Pasangan itu berasal wilayah Jiangsu, China menetap di Bangkok sejak 2016 dan mengusahakan perniagaan import-eksport, kata ketua polis tempatan, Charnchai Innara kepada akhbar The Nation. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *