Kalau Belum Ajal, Warga Emas Parah Dalam Kemalangan Di Jalan Silabukan

Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang terbabas ke bahu jalan melanggar penghadang jalan di Jalan Silabukan petang ini

LAHAD DATU : Seorang warga emas cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dibahu jalan lalu melanggar penghadang jalan dekat sebuah kilang di Tungku, Jalan Silabukan petang kelmarin.

Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang terbabas ke bahu jalan melanggar penghadang jalan di Jalan Silabukan petang ini

Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada jam 5.23 petang dan seterusnya respon ke tempat kejadian melalui jarak sejauh 19 KM daripada balai dengan menaiki 2 buah jentera yang diketuai oleh PBKII Julkifli Hj Harry bersama 7 orang anggota.

Kenderaan pacuan empat roda yang terbabas ke bahu jalan melanggar penghadang jalan di Jalan Silabukan petang iniĀ – FOTO BESTAWAUfm

Menurut Ketua Operasi kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger terbabas dibahu jalan lalu melanggar penghadang jalan.

Mangsa yang dikenalpasti sebagai Bakir Omar, berumur 65 tahun, diberi rawatan awal sebelum dikeluarkan oleh pasukan Bomba untuk diserah kepada pihak ambulan bagi mendapat rawatan lanjut.

Pasukan Bomba kemudian menjalankan pemeriksaan disekitar lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain. Operasi ditamatkan pada jam 6.10 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *