Tiga Lelaki Ditahan Dalam Operasi Cegah Jenayah Di Bandar Sandakan

Anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadap individu-individu ketika operasi pencegahan jenayah

SANDAKAN: Tiga individu lelaki berjaya ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah yang dijalankan di sekitar bandar Sandakan petang kelmarin.

Operasi diketuai oleh 5 pegawai bersama 10 orang anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sandakan telah dijalankan bermula 3.00 petang, kata Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin.

Ketiga-tiga lelaki dalam lingkungan umur 19 hingga 25 tahun itu, ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dan dibawa ke IbuPejabat Polis Daerah Sandakan untuk siasatan selanjutnya, tambahnya.

“Operasi pencegahan jenayah sebegini yang dijalankan adalah bagi membendung kegiatan jenayah dan memastikan keselamatan penduduk di daerah ini sentiasa dalam keadaan terjamin, ” jelas Mohd Azhar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *