14 Individu Ditahan Atas Kesalahan Dadah Di Tuaran

Antara individu ditahan ketika operasi. Gambar SNT/Ihsan Polis

TUARAN: Seramai 14 orang ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dalam beberapa siri Ops Tapis dan Sarang selama seminggu sejak 10 Jun.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata daripada jumlah itu seorang individu ditangkap kerana memiliki dadah dan 13 yang lain ditangkap gagal ujian air kencing.

Katanya tangkapan dibuat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ops Sarang yang dijalankan di sekitar taman Perumahan Telipok Ria dan Taman Sri Rugading juga membawa kepada penahanan lapan penagih yang dikehendaki bagi mengekang masalah dadah dan jenayah di kawasan tersebut.

Dalam tempoh kajian terbabit, kesemua tangkapan yang dibuat adalah warga tempatan berumur dalam lingkungan 23 hingga 45 tahun.

Jumlah keseluruhan rampasan bagi tempoh itu adalah seberat 0.18 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM30 mengikut harga dadah semasa. –SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *