(VIDEO) Polis Belum Terima Laporan Kes Gaduh Di Tawau

Petikan rakaman pergaduhan dua kumpulan remaja lelaki yang tular. FOTO ihsan pembaca

TAWAU: Polis belum menerima laporan berhubung pergaduhan membabitkan dua kumpulan remaja lelaki dipercayai berlaku di Tawau seperti tular di media sosial dan Whatsapp sejak semalam.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi hanya mengesahkan kejadian berkenaan, namun tiada butiran lanjut setakat ini.

“Kejadian dipercayai berlaku pagi semalam. Walau bagaimanapun, setakat ini pihak polis tidak menerima laporan daripada mana-mana pihak,” katanya di Tawau, hari ini.

Berdasarkan video dua minit 12 saat itu, dua kumpulan disertai lebih 10 remaja lelaki bergaduh dengan saling bertumbuk dan memukul.

Kejadian dipercayai dirakam berhampiran terminal bas di pusat bandar berhadapan dengan bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Tawau, semalam.

Melalui rakaman itu, satu kumpulan remaja lelaki dilihat menyerang kumpulan lain di kawasan lapang berhampiran terminal bas henti-henti Merotai sebelum kumpulan terbabit saling menyerang antara satu sama lain.

Kumpulan itu juga dilihat saling memukul dan membelasah antara satu sama lain menggunakan objek seperti kayu dan batang penyapu sebelum satu kumpulan terbabit beredar.

Bagaimanapun, motif atau punca kejadian tidak dapat dipastikan. – Harian Metro

https://www.facebook.com/sabahpost/videos/319616525644889/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *