19 PATI Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Di KK

Sembilan belas individu disyaki pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan polis dan pelbagai agensi penguatkuasa, semalam. – Foto ihsan PDRM

KOTA KINABALU: Seramai individu disyaki pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan polis dan pelbagai agensi penguat kuasa, di daerah ini, semalam.

Operasi bersepadu selama empat jam, berakhir 2 pagi, Sabtu lalu membabitkan lima tempat serbuan di sekitar bandar raya ini.

Sembilan belas individu disyaki pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan polis dan pelbagai agensi penguatkuasa, semalam. – Foto ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata tumpuan operasi yang dijalankan ialah kawasan bandar raya yang kehadiran PATI disyaki terbabit kegiatan jenayah di daerah itu.

“Hasil operasi selama empat jam berjaya menahan seramai 19 individu disyaki PATI berusia 12 hingga 52 tahun.

“Tangkapan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan di lima tempat di daerah itu memakan makan selama empat jam dengan dibantu pelbagai agensi antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Operasi sebegini akan berterusan dalam usaha membanteras PATI, khususnya di bandar raya ini.

“Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada balai polis berhampiran atau melalui medium sosial seperti Facebook (FB) Polis Kota Kinabalu dalam usaha untuk membanteras jenayah, PATI, dadah dan gejala sosial,” katanya. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *