Terselamat Selepas Nekad Gigit Lidah Beruang Hingga Putus

Irgit cedera serius di muka, kepala dan bahagian lain. FOTO The Siberian Times Agensi

Moscow: Seorang lelaki terselamat daripada maut dibaham beruang selepas nekad menggigit lidah haiwan itu hingga putus ketika diserang dalam hutan di Tuva, utara Russia, hujung minggu lalu.

Nikolay Irgit, 35, bersama dua lelaki ke Hutan Simpan Khutinsky berdekatan Khut di wilayah Siberia untuk mengumpul tanduk rusa bagi dijual sebagai ramuan ubat herba.

Irgit dilaporkan memburu rusa secara haram untuk dijual di pasaran gelap. FOTO The Siberian Times

Daily Mail yang memetik media tempatan melaporkan, menurut polis, Irgit berpecah dengan dua rakannya itu apabila terserempak dengan beruang berwarna coklat terbabit yang kemudian menyerangnya.

Mangsa menjerit bagi menakutkan haiwan itu namun, beruang terbabit menyerangnya dengan menggigit kepala dan badan.

“Ketika bergelut dengan haiwan itu, lelaki berkenaan berjaya membuka mulut beruang berkenaan dan nekad menggigit lidah haiwan berkenaan hingga putus menyebabkan beruang itu berhenti menyerang dan melarikan diri.

Irgit yang cedera parah dibawa ke sebuah hospital di Kyzyl sejauh 145 kilometer dari lokasi kejadian dengan cedera serius pada muka, kepala, lengan dan perut.

Sementara itu, polis dilaporkan akan mendakwa Irgit dan rakan-rakannya kerana memburu rusa secara haram dalam hutan simpan rizab malah mereka dilaporkan menjual tanduk rusa di pasaran gelap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *