Haziq Dakwa Diugut Setiausaha Politik Mohamed Azmin Ali

Muhammad Haziq Aziz dalam video Facebook yang dimuat naik bebera hari lalu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa dipaksa berbohong untuk menafikan terbabit dalam rakaman video lucah yang mengaitkan dirinya dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Haziq dalam laporan polis yang dikongsi menerus akaun Facebooknya hari ini berkata, dia dipaksa berbohong oleh setiausaha politik Mohamed Azmin, Hilman Idham dalam pertemuan di restoran di Putrajaya, baru-baru ini.

Laporan Haziq itu turut menyebut bahawa Hilman turut mengugutnya selepas enggan menurut arahan berbuat demikian.

“Saya begitu takut tetapi tenang seketika apabila YB (Yang berhormat) DS (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali mengarahkan setiausaha politiknya, YB (Yang Berhormat) Hilman Idham untuk berjumpa dengannya di Zest restoran di Marriot Putrajaya pada hari kejadian.

“Beliau paksa saya untuk menafikan bahawa diri saya dalam video yang telah tular itu dan meminta saya berbohong untuk dirinya.

“Saya mohon lebih masa untuk merujuk kepada ibu bapa saya dan ini menimbulkan kemarahannya.

“Selepas saya menolak desakan beliau, dia membuat ugutan dan berkata ini akan berakhir dalam masa 48 jam dengan atau tanpa bantuan saya untuk berbohong,” tulisnya dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Kelana Jaya, hari ini.

Terdahulu dalam laporan itu, Haziq turut menjelaskan tiada agenda politik di sebalik pengakuan bersumpah yang dilakukannya sebelum ini.

“Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah untuk menyangkal segala tohmahan yang dibuat netizen, cybertroppers, YB Hilman Idham serta yang lain.

“Saya dituduh mempunyai agenda politik oleh Perdana Menteri selepas membuat pengakuan bersumpah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan menerima laporan itu hari ini.

Kelmarin, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan dua lelaki dalam keadaan bogel melakukan hubungan sejenis di sebuah hotel.

Semalam Haziq memuat naik video di Facebooknya dan membuat pengakuan sebagai individu terbabit dalam rakaman video yang tular itu bersama Mohamed Azmin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *