Mayat Pekerja Ladang Dipercayai Dibaham Buaya Ditemui Tanpa Kedua-Dua Tangan

Mayat mangsa ditemui tanpa kedua-dua tangan – Foto BESTAWAUfm

LAHAD DATU; 10 JUN 2019 (Isnin) – Mayat seorang pekerja ladang yang hilang dipercayai dibaham buaya ketika memancing ikan di sebatang sungai sebuah Ladang di Jalan Temenggung Lahad Datu ditemui tanpa kedua-dua tangan, tengah hari tadi.

Mangsa berumur 44 tahun ditemukan terapung di tebing sungai kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 12.25 tengah hari tanpa kedua-dua tangan dan kaki bahagian betis kiri.

Mayat mangsa ditemui tanpa kedua-dua tangan – Foto Ihsan Pembaca

PBK I Abu Bakar Taraji yang dihubungi RTM berkata, Kejadian berlaku apabila mangsa dan rakannya dipercayai memancing ikan di sungai Ladang berkenaan kira-kira pukul 4 petang kelmarin.

Mayat mangsa ditemui tanpa kedua-dua tangan – Foto BESTAWAUfm

Katanya, sebaik Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu menerima panggilan pada 8.02 pagi tadi, PBK II Julkifli Harry bersama tiga anggota respon ke lokasi melalui jarak 65 kilometer bagi operasi Mencari dan Menyelamat.

Operasi itu turut disertai anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Rela yang kemudiannya ditamatkan pada pukul 1 tengah hari.

SUMBERL : BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *