Usaha Percarian Kanak-Kanak Dikhuatiri Terjatuh Di Sungai Tebobon Disambung Esok

Foto Ihsan Pembaca

KOTA KINABALU, 9 Jun – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di sungai Kampung Tebobon ditangguhkan pada jam 4 petang tadi.

Dalam kenyataan di sini, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah memaklumkan operasi SAR kanak-kanak Mohd Putra Daniel Samsul berusia tiga tahun dan empat bulan itu akan disambung esok.          

Foto Ihsan Pembaca

Menurut PGO usaha SAR itu ditangguhkan berikutan keadaan hujan lebat pada petang ini. Pencarian hari ini dijalankan disekitar sungai tempat mangsa dipercayai hilang.

Semalam Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Lintas menerima panggilan kecemasan 999 kira-kira jam 10.12 malam dan memulakan SAR sebelum ditangguhkan pada jam 11.23 malam.    

Usaha SAR disambung pada 6.20 pagi tadi di sekitar kawasan sungai sejauh tiga kilometer bersama anggota keluarga mangsa sebelum ditangguhkan

 –BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca

705