Bakal Pengantin Antara 13 Orang Maut Dalam Kemalangan

13 orang termasuk bakal pengantin maut dalam kemalangan

MANILA: Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk bakal pengantin dan dua orang kanak-kanak terbunuh apabila sebuah trak yang mereka naiki terbalik di jalan pergunungan, kata polis, hari ini.

Polis San Fernando, Victor Quinao berkata, lori sampah yang membawa 53 penumpang di timur wilayah Camarines Sur semalam dalam perjalanan turun ke lebuh raya ketika ia hilang kawalan, menyebabkan beberapa orang cedera.

Menurut Quinao, rombongan bakal pengantin lelaki dan keluarganya baru kembali daripada rumah perempuan yang dipinang untuk lelaki itu dan malangnya bakal pengantin itu antara yang terbunuh dalam kemalangan itu.

“Trak terbabit hilang kawalan lalu terbalik, menyebabkan beberapa penumpang tercampak sementara yang lain tersepit.

“Lori milik kerajaan tempatan itu digunakan untuk mengangkut tanah dan pasir. Ia dipinjam untuk digunakan sempena majlis itu dan diubah suai dengan diletakkan tempat duduk penumpang manakala selebihnya berdiri, ” kata Quinao kepada AFP.

Kata Quinao, mangsa yang terbunuh termasuk kanak-kanak berusia empat dan lima tahun. Polis sedang menyiasat kemungkinan pemandu melakukan kesalahan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *