APM Sabah Menerima 69 Panggilan Kecemasan Op Bantu Aidilfitri

Anggota APM membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah kenderaan sempena Fasa Pertama operasi khas, Ops Bantu Hari Raya Aidilfitri dibeberapa lokasi seluruh negeri. FOTO APM SABAH.

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) memberi maklum balas kepada 69 kes kerosakan kenderaan pengguna jalan raya menjelang sambutan Aidilfitri, awal minggu ini.

Fasa pertama operasi khas ‘Op Bantu Aidilfitri’ itu menyaksikan anggota APM dikerahkan ke beberapa lokasi sebagai persediaan membantu pemilik kenderaan ketika orang ramai sibuk pulang ke kampung masing-masing.

Menurut statistik yang dikeluarkan APM hari ini, kes kerosakan kenderaan mencatatkan panggilan kecemasan tertinggi dengan 45 kes dalam tempoh dua hari pertama di seluruh negeri ini.

Ini diikuti dengan 18 kes tayar pancit, tiga kes kemalangan jalan raya kecil dan lain-lain (tiga kes).

Anggota APM membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah kenderaan sempena Fasa Pertama operasi khas, Ops Bantu Hari Raya Aidilfitri dibeberapa lokasi seluruh negeri. FOTO APM SABAH.

Semua kes yang direkodkan membabitkan 204 pemandu dan penumpang namun tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Daerah yang menerima panggilan kecemasan tertinggi ialah Tawau dengan 30 panggilan diikuti Lahad Datu (12), Kota Marudu (lapan kes), Keningau (enam kes), Tuaran (lima kes), Kinabatangan (empat kes), Sandakan (tiga kes) dan Telupid (satu kes).

Difahamkan, ketika ini APM sedang menjalankan operasi khas fasa dua yang bermula hari ini dan berakhir esok. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *