Anak durjana rogol ibu

FOTO HIASAN

CAPE TOWN: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah di Afrika Selatan selepas didakwa merogol ibu kandung sendiri ketika wanita terbabit pulang dari sebuah bar, dalam kejadian di Willowvale, Jumaat lalu.

Daily Mail melaporkan, pemuda berusia sekitar 28 atau 29 tahun itu ditahan sehari selepas kejadian selepas ibunya yang berusia 50 tahun mengecam wajahnya ketika melakukan serangan berkenaan.

Menurut News 24, anak durjana itu dipercayai menyerang ibunya yang pulang bersendirian dari bar yang terletak kira-kira 400 kilometer di timur laut Pelabuhan Elizabeth.

Mangsa sebelum itu dikatakan menyedari ada seseorang sedang mengekorinya dari belakang selepas terdengar bunyi tapak kaki.

Tanpa sempat berbuat apa-apa, dia terus ditarik dan diheret dari jalan raya sebelum dirogol oleh suspek.

“Mangsa dipercayai berjalan kaki dari sebuah bar di kampung Mboya ketika dalam perjalanan ke rumahnya kira-kira jam 7 malam.

“Dalam perjalanan itu dia terdengar bunyi tapak kaki dari belakang namun dia terus berjalan sebelum ditarik dan diheret dari jalan. Dia kemudiannya terus dirogol suspek,” kata jurucakap polis, Kapten Jackson Manatha.

Penyerang itu kemudiannya melarikan diri namun berjaya ditahan polis selepas wanita terbabit mengesahkan bahawa penyerang itu adalah anak kandungnya sendiri.

“Kami mengutuk keras kejadian ini terutamanya apabila anak lelaki itu sepatutnya melindungi ibunya,” kata Manatha. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *