PPM Kompaun Lima Bot Penambang Di Tawau

PPM memeriksa bot penambang dalam Operasi Gelora Khas Musim Perayaan di Tawau. FOTO Ihsan PPM

Kan Dah Kena Kompaun….

Pasukan Polis Marin (PPM) mengeluarkan kompaun terhadap lima bot penambang di Tawau kerana kesalahan membawa penumpang melebihi kapasiti dibenarkan semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, Operasi Gelora Khas Musim Perayaan itu dijalankan di kawasan perairan laut pelabuhan dan jeti Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau dari 7 hingga 11 pagi.

PPM memeriksa bot penambang dalam Operasi Gelora Khas Musim Perayaan di Tawau. FOTO Ihsan PPM

Katanya, sasaran operasi adalah untuk menguatkuasakan akta dan peraturan ke atas aktiviti air khususnya bot penambang.

“Sepanjang operasi itu, 45 bot penambang diperiksa dan lima daripadanya dikenakan kompaun kerana didapati membawa lebih penumpang.

PPM memeriksa bot penambang dalam Operasi Gelora Khas Musim Perayaan di Tawau. FOTO Ihsan PPM

“Turut dikesan segelintir pengusaha bot yang mengabaikan aspek keselamatan termasuk tidak menyediakan jaket keselamatan seperti yang termaktub di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1960,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, semua kesalahan itu dirujuk kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) untuk tindakan lanjut.

PPM memeriksa bot penambang dalam Operasi Gelora Khas Musim Perayaan di Tawau. FOTO Ihsan PPM

Katanya, pihaknya akan terus komited menjalankan operasi termasuk pada musim perayaan bagi meningkatkan kesedaran orang awam dan pengusaha atau juragan bot penambang agar lebih peka terhadap keselamatan diri, orang lain dan harta benda.

“Juragan bot penambang juga dinasihatkan lebih berhati-hati dan cermat ketika membawa penumpang supaya boleh sampai ke destinasi dengan selamat,” katanya. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *