Harga Runcit Petrol RON97 Turun, RON95 Dan Diesel Kekal

Kementerian Kewangan Malaysia tadi memaklumkan bahawa harga minyak Petrol RON 97 turun manakala RON 95 dan Diesel kekal.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 1 Jun 2019 sehingga 14 Jun 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

1. Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 13 sen seliter iaitu daripada RM2.76 seliter kepada RM2.63 seliter;

2. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan

3. Harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Sumber : BERNAMA

427