Op Selamat: Polis Kenal Pasti 11 Kawasan Panas Di Sabah Sempena Aidilfitri

KOTA KINABALU – Polis Sabah mengenal pasti 11 kawasan panas yang sering berlaku kemalangan jalan raya, yang akan diberi tumpuan dalam Ops Selamat 2019 sempena Hari Raya Aidilfitri bermula esok hingga 12 Jun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata langkah itu adalah bagi mengurangkan jumlah kemalangan dan memastikan kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan yang melibatkan jarak 333.6 kilometer di semua jalan persekutuan di seluruh daerah di Sabah.

“Ops Selamat ini bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat. Selain itu, Ops Selamat ini menekankan kepada keselamatan harta benda atau rumah yang ditinggalkan semasa perayaan,” katanya ketika berucap melancarkan Ops Selamat peringkat Polis Kontinjen Sabah di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya agar tidak memandu melebihi had laju, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan berhenti seketika untuk tidur dan merehatkan diri jika merasa mengantuk.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *