Mayat lelaki terapung di pelabuhan Kota Kinabalu

ANGGOTA PPM semasa bertindak ke lokasi penemuan mayat di kawasan laut pelabuhan. Gambar sisipan merupakan mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan kira-kira jam 3 petang Selasa.

KOTA KINABALU: Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan di kawasan laut berhampiran pelabuhan, di sini petang Selasa.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohammad Pajeri Ali berkata, mayat terbabit ditemukan kira-kira jam 3 petang sebelum dimaklumkan kepada Bilik Pengawal Marin Kota Kinabalu.

ANGGOTA PPM semasa bertindak ke lokasi penemuan mayat di kawasan laut pelabuhan. Gambar sisipan merupakan mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan kira-kira jam 3 petang Selasa.

“Bertindak dengan maklumat, sepasukan anggota yang menjalankan Op Gelora 53/3019 bersama Botronda PGR 6 menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian iaitu 0.3 meter dari pesisir pantai,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya berjaya dibawa ke Pangkalan Marin pada jam 4.30 petang sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, identiti mangsa belum dikenalpasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Orang ramai yang menyedari kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pihak polis untuk tindakan pengecaman dan sebarang tindakan selanjutnya,” katanya.- Utusan Borneo

1991