“Bakar Hidup-Hidup Di Khalayak Ramai”, ‘Live’ Facebook Suspek Pembunuh Pemandu Grab ‘Diserang’ Nitizen

Beberapa hari yang lalu, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian yang menimpa seorang pemandu Grab yang dilaporkan hilang. Setelah operasi dijalankan, pemandu tersebut dipercayai disamun dan dibunuh sebelum mayatnya dibuang ke kawasan semak dekat pantai Kampung Shahbandar, Tuaran. Berikutan itu, pihak polis juga telah memberkas dua orang suspek yang telah mengaku membunuh mangsa sebelum mayatnya dibuang.

Di sebalik kejadian tersebut, netizen telah menjumpai akaun Facebook salah seorang suspek di laman media sosial. Hasil carian yang dibuat pada akaun tersebut, netizen menjumpai video ‘live’ dibuat sehari selepas kejadian.

Terkesan dengan video tersebut, netizen meluahkan rasa marah mereka terhadap individu itu kerana tidak ada rasa bersalah membunuh pemandu Grab tersebut dan kelihatan masih ‘tenang’. Perkara ini adalah kerana tarikh suspek membuat ‘Live’ tersebut adalah pada 26 Mei dan mangsa dibunuh pada 25 Mei iaitu sehari selepas dia membunuh mangsa.

“Happy betul kau lepas bunuh adik kami”

“Moga kau dapat balasan setimpalnya dari Allah”

Sumber: Facebook

1677