Celcom Tawarkan Pakej Beli Satu Percuma Satu Bagi Huawei P30

Screen Shot 2019-05-27 at 1.26.45 PM

Kecoh baru-baru ini apabila Huawei disekat Google dan Android untuk menggunakan akses mereka pada peranti terbaru mereka. Berita ini sedikit sebanyak turut memberi kesan Huawei serta penggunanya. Walaubagaimanapun, buat peranti sedia ada masih lagi boleh menggunakan sistem operasi serta servis daripada Google seperti biasa.

Terbaru, didapati Celcom tampil dengan promosi terbaru sempena Hari Raya yang bakal tiba. Melalui promosi ini, Celcom menawarkan bukan sahaja satu malah dua melalui promosi beli satu percuma satu bagi model Huawei P30.

Screen Shot 2019-05-27 at 1.45.04 PM

Untuk mendapatkannya, para pelanggan perlu melanggan Celcom Mobile Platinum Plus untuk 24 bulan dengan 100GB internet percuma bernilai RM188 sebulan.

Seterusnya anda perlu menambah ahli keluarga anda untuk pakej yang sama dengan harga serendah RM48 sebulan dan nikmati video Walla untuk 1000GB serta masa panggilan tanpa had.

Tidak hanya menawarkan promosi pada pakej, para pengguna turut berpeluang mendapatkan Huawei P30 yang ditawarkan pada harga RM2,499 dengan harga serendah RM1,999 sahaja. Lebih menarik, pakej ini bakal ditawarkan dengan sebuah lagi Huawei P30 secara percuma.

huawei-p30-review-2
SUMBER: EXPERTREVIEWS

Buat anda yang sudah lama mengimpikan Huawei P30 dan ingin bergaya serta merakam detik indah sempena Hari Raya yang bakal tiba, mungkin ini pakej yang anda boleh dapatkan daripada Celcom. – TheVocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *