Lelaki ditampar kekasih tidak hadiahkan telefon

GAMBAR menunjukkan wanita itu menampar kekasihnya kerana tidak dibelikan hadiah telefon bimbit. – Agensi

BEIJING: Seorang lelaki dianggap dayus selepas ditampar 52 kali oleh teman wanitanya di tempat awam kerana tidak membelikan wanita itu hadiah telefon bimbit sempena sambutan hari kekasih di China.

Penduduk China menyambut hari kekasih pada 20 Mei setiap tahun tetapi bagi pasangan di Sichuan ini meraikan hari itu dengan sesuatu yang mengejutkan.

Beberapa rakaman video yang tular di Internet, menunjukkan seorang wanita menampar kekasihnya beberapa kali di jalan yang sibuk dan memarahinya kerana tidak menghadiahkan telefon bimbit.

Walaupun video itu tidak menunjukkan keseluruhan kejadian tetapi polis mengesahkan lelaki berkenaan ditampar 52 kali disaksikan orang ramai yang berkumpul melihat kejadian itu.

Apa yang mengejutkan jutaan pengguna media sosial adalah, lelaki itu kelihatan tenang walaupun ditampar kuat oleh kekasihnya.

Lelaki itu juga tidak berganjak atau mengelak apatah lagi cuba menghalang wanita itu daripada memukulnya.

Polis yang tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian memujuk pasangan itu supaya beredar dan menyelesaikan masalah mereka di tempat lain.

Lebih mengejutkan, polis memberitahu lelaki itu masih cuba melindungi kekasihnya apabila wanita itu diberi amaran bahawa tindakannya boleh menyebabkan dia didakwa di mahkamah. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *