Kanak-Kanak Malang Maut Direnjat Elektrik Kabel Pengecas Telefon

Seorang kanak-kanak maut setelah memasukan kabel pengecas telefon bimbit dipercayai bocor yang masih terpasang pada soket ke dalam mulut, di Jahangirabad, India.

Menurut News.au, ketika kejadian kanak-kanak berkenaan berada sendirian di rumah neneknya. Kanak-kanak malang berkenaan dilaporkan baru sahaja sampai di rumah datuk dan neneknya sehari sebelum tragedi berkenaan berlaku untuk bercuti.

Ibunya yang keluar semula selepas meninggalkan anak mereka di situ dikatakan telah mencabut telefon daripada kabel pengecas telefon bagaimanapun terlupa untuk mematikan suis pada soket.

Akhabar tempatan turut melaporkan bahawa kana-kanak tersebut sempat dikejarkan ke hospital sebaik sahaja penjaganya menyedari dia terkena renjatan elektrik bagaimanapun pihak hospital mengesahkan mangsa sudahpun meninggal dunia.

”Tiada laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua ibu bapanya jadi tiada kes yang dibuka,” kata wakil polis Jahangirabad.

Bagaimanapun katanya, kes berkenaan akan disiasat secara terperinci sekiranya terdapat laporan yang dibuat oleh mana-mana individu. Tidak dapat dipastikan usia dan jantina kanak-kanak berkenaan.

Sumber: News.au

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *