Pengguna Huawei masih boleh guna aplikasi Google

LONDON: Huawei akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan untuk telefon pintar serta tabletnya, selepas Google mengumumkan akan mematuhi arahan melarang firma China itu daripada mengemas kini sistem operasi Android.

“Kami telah melakukan sumbangan besar kepada pembangunan dan pertumbuhan Android di seluruh dunia,” kata seorang jurucakapnya hari ini.

“Huawei akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan jualan kepada semua telefon pintar dan tablet Huawei serta Honor, merangkumi (produk) yang telah dijual dan masih lagi dalam stok di seluruh dunia.

“Kami akan terus membina ekosistem perisian yang selamat dan mapan, bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna di seluruh dunia,” katanya.

Google menggantung aktiviti perniagaan bersama Huawei yang memerlukan pemindahan peralatan, perisian dan perkhidmatan teknikal kecuali yang disediakan secara umum melalui lesen sumber terbuka, kata sumber rapat dengan perkembangan itu kepada Reuters.

-Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *