Penyamun bersenjata parang ditahan polis

GEORGE (tengah) menunjukkan gambar suspek dikehendaki dan beberapa barangan berjaya dirampas semasa penangkapan suspek pertama.

KOTA KINABALU: Lelaki yang menyamun seorang penjaga stor sebuah kedai serbaneka dan isterinya berjaya ditahan pihak polis di Kampung Sembulan di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abdul Rakman berkata, kejadian 11 Mei itu berlaku apabila mangsa berada di luar kedai di Sadong Jaya Karamunsing untuk menunggu rakan sekerjanya keluar selepas habis bekerja kira-kira jam 10.24 malam.

GEORGE (tengah) menunjukkan gambar suspek dikehendaki dan beberapa barangan berjaya dirampas semasa penangkapan suspek pertama.

“Mangsa kemudiannya didatangi dua lelaki bersenjata parang yang diletakkan di lehernya sebelum meminta telefon bimbit mangsa.

“Salah seorang suspek kemudiannya pergi ke arah kereta mangsa yang diletakkan berhampiran kedai sebelum turut meminta telefon bimbit isterinya sambil mengugut agar wanita terbabit tidak berteriak,” katanya.

George berkata, kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum membuat laporan polis di balai berhampiran.

Gambar Suspek

“Bertindak dengan kejadian, kedua-dua suspek berumur 24 dan 25 tahun ditahan di Kampung Sembulan dalam satu serbuan antara jam 6.50 hingga 7.50 pagi 15 Mei.

“Suspek pertama adalah warga tempatan dan positif syabu mempunyai lima kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 serta satu kesalahan Seksyen 394 Kanun Keseksaan sejak 2014.

“Suspek kedua iaitu warga Filipina ditahan selepas didapati membeli barangan yang dicuri daripada suspek pertama yang menyamun mangsa,” katanya.

Antara barangan yang dirampas bersma suspek

Menurutnya, pihak polis turut merampas beberapa barangan termasuk parang yang digunakan semasa kejadian, lima telefon pelbagai jenama, tiga jenis pakaian dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM2,500.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek terlibat dalam empat siri kes mengikut Seksyen 393, 394, 379, 395/397 Kanun Keseksaan di sekitar pusat bandaraya.

“Modus operandi suspek adalah dengan menggunakan parang untuk menakutkan mangsa bagi mendapatkan telefon bimbit sebelum melarikan diri.

“Polis masih mengesan seorang rakan sejenayah suspek yang masih bebas dikenali sebagai Rafi Jakarta atau Duk, 30 warga Filipina yang dikesan kali terakhir di Kampung Sembulan,” katanya. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *