Enam PTI ditahan dalam ops khas Esscom, Batalion 20 PGA di Sapi Nangoh

BEBERAPA individu disyaki PTI yang ditahan dalam operasi itu. – Foto Esscom

BELURAN: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan kerjasama Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menahan enam individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PTI) dalam satu operasi khas di Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) Sapi Nangoh, pada malam Khamis.

Komander Esscom, DCP Dato’ Hazani Ghazali dalam satu kenyataan berkata, operasi bermula jam 10 malam dan berakhir 3 pagi yang disertai oleh empat pegawai dan anggota Esscom dan dibantu oleh enam anggota PGA itu memberi fokus kepada pemeriksaan kenderaan dan individu di laluan berkenaan bagi mengekang dan membanteras aktiviti penyeludupan barang-barang kawalan dan bersubsidi termasuk kemasukan PTI ke daerah ini.

Foto Esscom

“Di samping menguatkuasakan undang-undang sedia ada, operasi ini juga bertujuan untuk memantau dan mengesan laluan-laluan tikus yang berkemungkinan digunakan oleh penyeludup dan PTI untuk melepaskan diri daripada sekatan lalu lintas.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki berumur dalam lingkungan 25 hingga 67 tahun itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

BEBERAPA individu disyaki PTI yang ditahan dalam operasi itu. – Foto Esscom

Beliau berkata, kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Dalam operasi berkenaan sebanyak 40 buah kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *