Asyik sangat tengok telefon

RAKAMAN CCTV menunjukkan pemandu bas asyik bermain telefon sebelum merempuh kenderaan. – Foto Daily MailAgensi

BEJING: Detik mencemaskan apabila seorang pemandu bas merempuh kenderaan di laluannya selepas dia begitu asyik melayan telefon bimbitnya dirakam kamera litar keselamatan tertutup dalam bas berkenaan.

Pemandu berkenaan dilihat membaca pesanan di telefon bimbitnya malah kedua-dua tangan langsung tidak memegang stereng dalam kejadian Rabu minggu lalu di Xinzhou, wilayah Shanxi, utara China, lapor Daily Mail.

Tiba-tiba pemandu itu panik apabila menyedari dia terlalu hampir dengan trak yang membawa jagung, lapor Xinzhou Morning Post menyebabkannya melanggar dan menolak lori yang lebih kecil itu lebih 10 meter sebelum kedua-duanya berhenti.

Seorang penumpang tercampak ke depan akibat rempuhan itu sebelum terperangkap di bahagian depan bas menyebabkannya mengalami kecederaan pada kaki.

Bas itu mengalami kerosakan teruk, namun penumpang lain tidak cedera dan diselamatkan melalui tingkap bas oleh polis serta bomba.

Pemandu itu mendakwa dia membaca amaran mengenai kesesakan lalu lintas ketika hilang kawalan kenderaannya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *