Wanita melecur di tangan dalam kebakaran membabitkan empat rumah kuarters di Keningau

PASUKAN bomba memadam sisa kebakaran membabitkan empat rumah kuarters pekerja di Estet Karamata, Keningau. FOTO Ihsan Bomba

Ujian Ramadan

SEORANG wanita melecur di tangan dalam kebakaran membabitkan empat rumah kuarters pekerja di Estet Karamata, Jalan Ansip Dalit di Keningau, petang hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 2.25 petang.

Katanya, seramai 18 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan empat rumah kuarters pekerja yang terbakar sepenuhnya.

“Wanita dikenali sebagai Alfina berusia 27 tahun dilaporkan melecur di tangan dan dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurutnya, mangsa dilaporkan stabil dan operasi tamat sepenuhnya 4.29 petang. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *