Tiga individu positif dadah ditahan AADK

ANGGOTA AADK membuat pemeriksaan di salah satu lokasi serbuan dalam operasi itu.
ANGGOTA AADK membuat pemeriksaan di salah satu lokasi serbuan dalam operasi itu.

KOTA KINABALU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah ini menahan tiga individu selepas didapati positif mengambil dadah.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Kinabalu Lawrence Galleh berkata, ketiga-tiga suspek ditahan dalam Ops Cegah Jenayah membabitkan serbuan di empat kawasan kampung.

Menurutnya, kawasan berkenaan termasuklah Kampung Contoh Petagas, Taman Kuala Manggatal, Kampung Inanam Laut dan Kampung Nosoob Penampang.

Operasi itu, katanya, melibatkan tujuh anggota AADK dan dijalankan bermula jam 9 malam Isnin hingga jam 1 pagi Selasa.

“Seramai lima individu menjalani pemeriksaan dan tiga daripadanya didapati positif dadah yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 50 tahun.

“Tiada rampasan dadah dibuat dan kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, tangkapan turut direman di Pusat Tahanan Reman Papar selama 11 hari di bawah akta yang sama. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *