Tokan kena tahan

Sebahagian suspek yang ditahan di kawasan perumahan Taman Telipok Ria dalam Ops Sarang dibawa ke IPD Tuaran dengan trak untuk tindakan lanjut. Foto Ihsan PDRM

LELAKI disyaki pengedar dadah kecil-kecilan dan 16 penagih ditahan polis dalam Ops Sarang di perumahan Taman Telipok Ria di Tuaran, semalam.

Dalam serbuan bermula 4.30 petang itu, tiga lagi lelaki dipercayai pendatang tanpa izin (PATI) turut ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran menahan 20 suspek dalam operasi berkenaan.

Sebahagian suspek yang ditahan di kawasan perumahan Taman Telipok Ria dalam Ops Sarang dibawa ke IPD Tuaran dengan trak untuk tindakan lanjut. Foto Ihsan PDRM

Menurutnya, daripada 20 suspek yang ditahan, 16 suspek terbabit penyalahgunaan dadah, seorang lelaki disyaki pengedar dadah dan tiga PATI.

“Pada awalnya, pasukan BSJN menemui satu beg kecil yang dibawa suspek (pengedar) menyimpan 32 paket plastik kecil berisi ketulan hablur dadah jenis syabu sebelum dirampas.

“Dadah seberat 6.38 gram itu dianggarkan bernilai RM960 dipercayai untuk dijual di lokasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Hamizi berkata, saringan awal ujian air kencing dijalankan terhadap kesemua mereka itu dan didapati 16 daripadanya positif syabu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1)(A) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala kes gagal mengemukakan dokumen perjalanan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Polis memohon kerjasama orang awam untuk menyalur sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah untuk menumpaskan ahli sindiket pengedaran dadah di daerah ini,” katanya. – Harian Metro\

Sebahagian suspek yang ditahan di kawasan perumahan Taman Telipok Ria dalam Ops Sarang dibawa ke IPD Tuaran dengan trak untuk tindakan lanjut. Foto Ihsan PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *