Wanita cedera dalam kemalangan di Jalan Padang Merdeka

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan itu.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan itu.

KOTA KINABALU: Seorang wanita mengalami kecederaan apabila kenderaan Perodua Kancil dipandunya terbabas dalam satu kejadian kemalangan awal pagi tadi.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Nirwan Ilyas berkata, kemalangan berlaku di Jalan Padang Merdeka, di sini.

“Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 pagi sebelum menghantar sebuah jentera FRT bersama dua motosikal pasukan RIM dan sebuah jentera EMRS ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang cedera ringan berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital oleh pihak ambulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 6.20 pagi selepas pihaknya memastikan tidak wujud sebarang keberbahayaan lain di lokasi kejadian. – Utusan Borneo
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *