PRK Sandakan : PAS gerakkan jentera untuk menangkan PBS

Ahli PAS dan PBS menunjukkan bekerjasama dalam PRK Sandakan. Gambar PAS Sabah

SANDAKAN : PAS akan menggerakkan jenteranya daripada seluruh negeri Sabah bagi membantu memenangkan PBS dalam PRK Sandakan yang sedang berlangsung kini.

PBS yang mewakili calon Bumiputera Sabah perlu diberi kemenangan, lebih-lebih lagi kemudaratan yang dibawa oleh DAP adalah besar.

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid semalam selepas Mesyuarat Jentera Operasi PAS Sabah sempena PRK Sandakan di Pejabat PAS, dekat sini.

Berdasarkan situasi semasa, DAP berusaha menghakis tiga tunjang utama negara iaitu institusi raja, hak-hak bumiputera dan hak-hak umat Islam ulas Sahar yang juga merupakan Pengarah Jentera Operasi PAS Sabah PRK Sandakan.

“Setahun pemerintahan DAP bersama PH dan Warisan yang memegang polisi negara memperlihatkan kerosakan yang dibawa oleh mereka adalah lebih banyak berbanding kebaikan,” tambah Sahar.

Tegas Sahar, ekoran perkara tersebut PAS mengambil pendekatan bekerjasama dengan PBS bagi menguatkan gabungan pembangkang tempatan Sabah demi kepentingan rakyat umum.

Sahar (kanan) berbual bersama pemimpin PBS semasa kempen PRK Sandakan. – Gambar PAS Sabah
331