Bapa Maut, Dua Anak Perempuan Cedera Terlibat Kemalangan Dengan Lori Di Tawau

TAWAU, 4 Mei – Seorang lelaki maut, manakala anak perempuannya mengalami kecederaan parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori enam tan di Kampung Serundung Jalan Apas, Batu 18 dekat sini, tengah hari tadi.

Mohd Nor Ayub, 58, yang memandu Proton Saga FLX tersepit di tempat duduknya dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian, manakala isterinya dan seorang lagi anak perempuan mereka yang turut menaiki kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Gambar BES TAWAUFM

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan berkata enam anggota bomba yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan Zougarana Konin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi yang berjarak 27km itu menggunakan sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS, selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.59 petang.

Menurutnya anak perempuannya yang cedera, masing-masing berusia 9 dan 22 tahun dibawa ke Hospital Tawau oleh orang awam sebelum bomba tiba di tempat kejadian.

Pihak Bomba menamatkan operasi pukul 3.19 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

— BERNAMA 

Gambar BES TAWAUFM
Gambar BES TAWAUFM
Gambar BES TAWAUFM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *