Seorang Maut Kemalangan Babitkan Enam Buah Kenderaan Di Semporna

Foto Ihsan Bomba Negeri

SEMPORNA: Seorang wanita maut, manakala seorang lelaki cedera parah akibat kemalangan jalan raya di Jalan Bekalan Air Semporna, petang hari ini.

Kemalangan tersebut membabitkan enam buah kenderaan jenis Proton Saga FLX, Isuzu DMAX, lori 10 tan muatan sawit, Toyota Hilux, Proton Persona dan Proton Waja.

Foto Ihsan Bomba Negeri

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Ab. Hajis Marasik berkata akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa tersepit di dalam Proton Saga FLX.

Katanya mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Salah seorang mangsa, Sitti Sham Adjarudin berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Manakala, mangsa lelaki yang mengalami cedera parah dikejarkan ke hospital menaiki ambulans.

Empat mangsa lain pula mengalami cedera ringan iaitu tiga dalam Isuzu DMAX dan seorang dalam Proton Persona.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 3.48 petang.

Pasukan penyelamat dari BBP Semporna seterusnya respon ke lokasi kejadian menggunakan dua buah jentera bersama sembilan orang anggota.

Operasi terkawal pada pukul 4.35 petang dan tamat pada pukul 4.59 petang. -SabahNewsToday

Foto Ihsan Bomba Negeri
Foto Ihsan Bomba Negeri
Foto Ihsan Bomba Negeri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *