PRK Sandakan: Calon DAP harap pengundi pilih wakil rakyat boleh berkhidmat

Gambar Vivian Wong

SANDAKAN, 30 April – Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berharap pengundi di Sandakan memilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukan semata-mata untuk membangkang kerajaan baharu.

Katanya, masih banyak perancangan untuk Sandakan yang belum direalisasikan, khususnya oleh bapanya iaitu penyandang kerusi Parlimen Sandakan, mendiang Datuk Stephen Wong Ten Fatt.

“Saya membantah dakwaan pembangkang bahawa DAP tidak boleh diharapkan dalam melindungi hak negeri.

“Kami (DAP) merayu kepada rakyat untuk memilih seorang yang dapat mengurus dan menunaikan janji bapa saya,” katanya kepada pemberita selepas Kempen Anti Plastik di Pulau Berhala di sini hari ini.

Wong diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan semalam yang mendesak pengundi di Sandakan supaya menuntut semula kerusi Parlimen itu, yang dikatakan milik parti tempatan, pada 11 Mei ini.

Anggota Parlimen Keningau itu, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan berkata, selama hampir setahun memerintah, kerajaan Pakatan Harapan menunjukkan bahawa parti, yang berpangkalan di Semenanjung termasuk DAP, tidak boleh dipercayai untuk menjaga hak-hak negeri.

— BERNAMA

Gambar Vivian Wong
Gambar Vivian Wong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *