Dua kanak-kanak dan ibu bapa cedera selepas kenderaan terbabas

Kenderaan dinaiki empat sekeluarga yang terbabas di bahu jalan. Gambar Ihsan Pembaca

BELURAN: Dua orang kanak-kanak berumur dua dan empat tahun antara empat sekeluarga dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Ladang Malsa, pagi hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rosemidian Majid berkata siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dinaiki itu terbabas sendiri di tepi jalan.

Namun kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan selepas kemalangan kenderaan jenis Toyota Vigo yang dipandu oleh bapa kepada kanak-kanak berkenaan terbabas.

Kedua-dua kanak-kanak, ibu mereka yang berumur 38 tahun dan bapa, 45, dibawa ke hospital menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 7.59 pagi.

Seterusnya menggegaskan seramai lapan orang anggota ke lokasi kejadian berkenaan.

Operasi ditamatkan pada pukul 8.20 pagi. –SabahNewsToday

Foto Ihsan Pembaca
Kenderaan dinaiki empat sekeluarga yang terbabas di bahu jalan. Gambar Ihsan Pembaca
Gambar Ihsan Pembaca
196