Lelaki Tempatan Didakwa Bunuh Remaja 18 Tahun Berdepan Hukuman Mati

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berdepan hukuman mati mandatori apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas kesalahan membunuh seorang remaja 18 tahun pada Februari lalu.

Sisal Benigno, 41, yang tidak diwakili peguam memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Namun, tiada sebarang pengakuan diambil oleh mahkamah semasa sebutan kes itu dilakukan dihadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan membunuh seorang remaja lelaki berusia 18 tahun pada 18 Februari lalu sekitar 8.30 hingga 10.30 malam dihadapan bangunan berhampiran sebuah restoran di Asia City.

Atas kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksanaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Majistret kemudian menetapkan 22 Mei ini sebagai sebutan semula kes dan tertuduh diarahkan supaya terus ditahan sehingga perbicaraan kes selesai. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *