Kereta Terbabas, Lelaki Cedera Di Kepala Dan Leher

PAPAR: Seorang lelaki berusia 26 tahun separa kritikal selepas kenderaan jenis Perodua Kancil dipandunya terbabas di tepi jalan di Kampung Titimbongon Japan Padawan Papar di sini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Hamdani Harith berkata dalam kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan leher.

Harith menambah pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) seterusnya bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa selepas berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut.

“Mangsa dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 8.35 malam,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Katanya pihak bomba membuat pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian selepas menyelamatkan mangsa bagi memastikan keadaan sekitar kemalangan dalam keadaan selamat manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.58 malam. – SabahNewsToday

kemalangan
Kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Titimbongon Japan Padawan Papar. – Gambar Ihsan Pembaca

84