25 Kanak-Kanak Antara 45 Pengemis Jalanan Dan PATI Ditahan Imigresen Tawau

Gambar BES TAWAUfm

TAWAU; 19 APRIL 2019 (Jumaat) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau menerusi Operasi Bersepadu menahan 45 individu disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pengemis Jalanan warga Filipina di sekitar bandar Tawau, Kelmarin.

Penolong Pengarah Imigresennya, Abdul Samat Wahab yang dihubungi pemberita RTM berkata, daripada jumlah itu pihaknya menahan 19 perempuan dewasa, seorang lelaki dewasa, 13 kanak-kanak lelaki serta 12 kanak-kanak perempuan.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan aduan awam, kesemua mereka ditahan dan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen 1959/63.

Operasi yang bermula 12.30 tengah hari itu disertai oleh 20 anggota penguatkuasa termasuk 3 pegawai kanan.

SUMBER: #BESTAWAUfm

Gambar BES TAWAUfm
Gambar BES TAWAUfm
Gambar BES TAWAUfm
Gambar BES TAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *