Kaki penjaga gol ‘patah dua’

Insiden berlaku ketika Ndiaye mengalami patah kaki. FOTO Youtube

KELAB dari Guinea, Horoya AC kehilangan khidmat penjaga gol selepas kaki Khadim Ndiaye ‘patah dua’ akibat bertembung dengan rakan sepasukan dalam aksi Liga Juara-Juara Afrika.

Insiden berlaku ketika pemain antarabangsa Senegal itu cuba mengeluarkan bola dari kawasan kawasan gol.

Malangnya, dia berlanggar dengan rakan sepasukan Boubacar Samassekou yang juga mahu menyelamatkan keadaan sebelum penjaga gol itu terbaring akibat kesakitan.

Ketika itu, skuad mereka berdepan kelab Maghribi, Wydad Casablanca tetapi dibelasah 5-0 dalam aksi suku akhir di Rabat, kelmarin.

Malah, pengadil perlawanan Bamlak Tessema dari Ethiopia turut terkejut dengan kecederaan teruk dialami pemain terbabit.

Ndiaye yang tidak dapat meneruskan perlawanan dibawa keluar dengan pengusung oleh pasukan perubatan.

Kelab terbabit mengesahkan dia terpaksa menjalani pembedahan segera di ibu negara kota Maghribi itu.

“Keputusan menyakinkan dan dia akan terus dipantau untuk proses penyembuhan di hospital Universiti Cheick Zaidi,” menurut Horoya di media sosial. – Agensi

222