Segi tiga misteri di Lautan Pasifik cetus kemusykilan

Sebuah objek gergasi berbentuk segi tiga dilihat terapung di lautan Pasifik.

Rakaman yang diperolehi menerusi satelit Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) itu dipercayai berlaku pada Selasa lalu.

Menerusi rakaman itu, terlihat kepulan awan sebelum objek berwarna hitam berkenaan muncul.

Menurut individu yang memuat naik rakaman berkenaan, objek itu berada di sana selama 7 jam.

“Anda boleh lihat objek gergasi berbentuk segi tiga di atas permukaan laut.

“Dah hampir 10 tahun saya gunakan satelit secara berterusan, saya tak pernah nampak sesuatu seperti ini,” kata pengendali akaun Youtube konspirasi, MrMBB333.

Dalam pada itu, ramai pelayar platform berkenaan turut meninggalkan komen berhubung objek misteri ini.

Malah, ada yang membuat spekulasi bahawa objek itu merupakan projek rahsia kerajaan.

Sumber: Daily Star / FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *