Patah lengan angkat beban 110 kg

GAELLE patah lengan kiri ketika melakukan cubaan kali ketiga. FOTO EPA

Tbilisi (Georgia): Seorang atlet angkat berat wanita melalui pengalaman ngeri apabila patah lengan kiri ketika melakukan cubaan kali ketiga mengangkat bebanan seberat 110 kilogram.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku ketika atlit Perancis itu, Gaelle Nayo Ketchanke, 30, menyertai Kejuaraan Angkat Berat Eropah bagi kategori 76 kilogram yang turut disiarkan secara langsung dari Batumi, Georgia semalam.

Kejadian itu dapat dilihat dengan jelas menerusi rakaman video dimuat naik pengguna Twitter, @SamuHernando yang menunjukkan lengan atlit itu terkehel ketika beraksi menyebabkan penonton menjerit ketakutan.

Gaelle yang memenangi pingat perak pada kejuaraan tahun lalu di Romania kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, lapor Inside the Games.

Dia dilaporkan patah pada dua bahagian di lengannya manakala sikunya terkehel. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *