Pengutip sampah rogol, bunuh pelancong

RONNAKORN (kanan) bertemu dengan mangsa berhampiran lokasi kejadian sebelum merogolnya. -Foto Daily Mail

BANGKOK: Polis Thailand menahan pengutip sampah yang merogol dan membunuh seorang pelancong wanita Jerman, hari ini.

Mayat mangsa berusia 27 tahun ditemui bawah timbunan batu dan daun kering di pulai Kon Sichang, semalam.

Jurucakap polis Krissana Pattanacharoen berkata mangsa yang memasuki Thailand pada 23 Mac lalu dipukul dengan teruk di muka dan tengkorak.

Menurut Krissana, suspek Ronnakorn Romruen, 23, bertemu dengan mangsa berhampiran lokasi kejadian sebelum merogolnya.

“Bimbang mangsa membuat laporan polis, suspek menghentak dahi dan muka mangsa dengan batu,” katanya.

Polis berjaya menahan Ronnakorn yang masih memakai baju dan seluar berlumuran darah di rumahnya beberapa jam selepas membunuh mangsa.

Suspek didakwa melakukan pembunuhan terancang, merogol dan menyembunyikan mayat.

Ronnakorn mengaku bersalah dan turut mengaku mengambil dadah sebelum melakukan jenayah itu. – AFP

221