Kadar hutang negara sudah turun – PM

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR 4 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, kadar hutang negara sudah menurun susulan pertumbuhan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK).

Perdana Menteri berkata, walau bagaimanapun proses mengurangkan hutang negara masih dijalankan.

“Kita sudah berjaya mendapatkan semula wang yang hilang, yang disimpan oleh Singapura. Wang itu juga membantu mengurangkan hutang.

“Kita juga sedang berusaha untuk mengurangkan nilai kontrak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), jika tidak teruskan projek itu, kita perlu membayar jumlah pampasan yang tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE

145