Akibat berkaki ayam…

PARASIT ‘tunga penetrans’ mengakibatkan radang kulit, berpunca dari kutu pasir.

LONDON: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dihinggapi jangkitan mengerikan di tapak kakinya bermain tanpa memakai kasut di ladang babi di sebuah perkampungan di Brazil.

Menurut Daily Mail yang memetik Jurnal Perubatan New England melaporkan, kaki kanak-kanak berkenaan dijangkiti parasit ‘tunga penetrans’ selama 10 hari sehingga mengakibatkan radang kulit, berpunca dari kutu pasir yang tinggal dalam kulit kanak-kanak berkenaan.

Jangkitan kutu itu kebiasaannya berlaku di kawasan terpencil atau miskin di kawasan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kutu pasir betina menyembunyikan dirinya ke dalam kulit, biasanya di jari kaki dan tumit.

Sekurang-kurangnya 100 telur kutu akan melekat pada lubang kecil di kulit kaki namun kebiasaannya akan jatuh ke tanah dan menetas. Dalam masa kira-kira tiga minggu, parasit itu mati dan gejala pada kulit akan berkurangan, menurut WHO.

Tetapi di kawasan endemik atau miskin, penduduknya sering dijangkiti semula dan boleh mempunyai sehingga ribuan kutu pasir tertanam di kulit mereka, menurut laporan 2013 yang disiarkan dalam PLOS Neglected Tropical Diseases.

Kadar jangkitan oleh Tunga penetrans tidak pernah dikira, tetapi WHO menganggarkan kira-kira 20 juta orang berisiko di Amerika Syarikat.

Sementara itu, laporan terbaru merujuk kanak-kanak berkenaan, doktor berjaya membuang beberapa kutu pasir dari kakinya sambil merawat lukanya itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *