Doktor Terlibat Kemalangan, Kereta Dipandu Rempuh Pondok Pengawal

Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo yang dipandu seorang doktor hilang kawalan ketika terlanggar lopak air sebelum merempuh pondok pengawal keselamatan taman perumahan di Batu8 Jalan Apas, 1.15 tengah hari tadi. – Gambar Facebook BESTAWAUfm

TAWAU; 30 MARCH 2019 (Sabtu) – Seorang Doktor lelaki terlibat dalam kemalangan selepas kereta yang dipandu hilang kawalan lalu melanggar dinding pondok pengawal keselamatan Taman Perumahan di Batu 8 Jalan Apas, tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus dalam kenyataan berkata, walaugaimanapun, dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, penjawat awam berumur 33 tahun berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, siasatan awal mendapati pacuan empat roda yang dipandu semasa ditempat kejadian terlanggar lopak air di atas permukaan jalanraya sehingga menyebabkan mangsa hilang kawalan pemanduan.

Mangsa kemudian terbabas dan merempuh tepi sebelah kiri jalan dan melanggar pondok pengawal keselamatan serta tiang pintu gate Taman Sri Apas batu 8.

Difahamkan, kenderaan dan pondok keselamatan terbabit mengalami kerosakan yang teruk.

Katanya, kes tersebut disiasat dibawah Rule 10 LN 166/59.

Sumber Facebook Pages BESTAWAUfm

Keadaan pondok pengawal keselamatan selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda. – Gambar Facebook BESTAWAUfm
7