Cocos Keeling Island, Pulau Australia Dihuni Orang Melayu Ini Indah Bagaikan ‘Syurga Dunia’

Kepulauan Cocos atau lebih dikenali sebagai Kepulauan Keeling merupakan kepulauan yang menjadi sebahagian wilayah Australia. Ia terdiri daripada 2 buah atol dan 27 buah pulau batu karang yang terletak di berdekatan dengan Indonesia dan lautan Hindi . Ia diambil dari nama Kapten William Keeling pada 1609  bersempena orang Eropah pertama yang melihat kepulauan tidak berpenghuni sehingga abad ke 19 itu.

Daripada 27 buah pulau yang berada dalam Kepulauan Cocos, hanya 2 buah pulau sahaja yang mempunyai penduduk iaitu West Island (Pulau Panjang) dan Home Island (Pulau Selma).

Flickr

Pulau indah ini dihuni kira-kira seramai 629 orang penduduk dicatatkan menetap di kepulauan itu. Populasi dianggarkan seramai 120 orang yang menetap di Pulau Panjang dan 500 orang di Pulau Selma (Home Island).

Turut dilaporkan bahawa masyarakat di situ menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertama namun turut memasukkan Bahasa Melayu sebagai dialek di situ. Kajian juga menunjukkan seramai 80 peratus daripada penduduk di kepulauan itu beragama islam dan berfahaman mengikut Ahli Sunnah Waljamaah (6).

Gambar: Juju N Izal

Kini, dikhabarkan Persatuan Koperatif Kepulauan Cocos sedang giat berusaha untuk membawa ramai perlancong luar ke sini terutamanya daripada Malaysia di mana mereka mahu memperkenalkan Pulau Cocos sebagai sebuah destinasi eksklusif yang ‘mesra Muslim’.

Ketika ini dilaporkan ada usaha yang dirancang untuk mengadakan satu penerbangan terus dari Malaysia ke Kepulauan Cocos (Keeling) ini.

Ketika ini jika handak ke Pulau Cocos perlancong dari Malaysia perlu menaiki penerbangan transit iaitu KL-Perth-Cocos,
KL-Christmas-Cocos atau KL-Jakarta-Christmas-Cocos.

Gambar: Juju N Izal

Penulis amat berharap ada penerbangan terus dari Malaysia ini menjadi kenyataan kerana semakin ramai perlancong dari Malaysia, maka akan bertambah sumber ekonomi penduduk di sini selain percutian ini tidak memeningkan kepala kerana sudah pasdti ianya mesra Muslim.

Jom lihat sikit keindahan Pulau Cocos ini

Gambar : Dreamtime
Gambar: Diveplanit
Gambar: Diveplanit
Gambar: Diveplanit
Gambar: Diveplanit
Gambar: Diveplanit

SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *