AADK Tahan Penagih Cuba Melarikan Diri Melalui Lubang Rahsia Di Dapur Rumahnya Di Putatan

ANTARA individu yang disyaki penagih dadah ditahan AADK. FOTO Khairull Azry Bidin

Helah tak menjadi

Anggota AADK memberi amaran sebelum pintu itu dibuka oleh seorang lelaki dipercayai bapa saudara suspek.

Pemeriksaan dilakukan tetapi suspek tiada di dalam rumah berkenaan, hanya ada dua anaknya yang berada di bilik.

Seorang anak suspek kemudian memaklumkan bahawa bapanya keluar dari bilik selepas menyedari pintu diketuk.

Pemeriksaan lanjut menemui lubang kecil di dapur sebelum suspek dijumpai dalam keadaan meniarap di bawah kolong rumahnya.

Pengarah AADK Sabah, Bakri Bibi berkata, operasi yang diketuai Erwan Roslan dijalankan berdasarkan aduan orang awam itu memeriksa seramai 15 lelaki disyaki penagih dadah di tiga kampung di Manggatal dan Putatan.

“Hasil ujian air kencing, seramai 13 lelaki positif dadah jenis methamphetamine atau syabu termasuk seorang yang cuba melarikan diri melalui lubang kecil di lantai dapur rumahnya.

“Semua suspek berusia 20 hingga 40 tahun ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran,” katanya.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Datuk Izhar Abu Talib turut serta dalam operasi berkenaan. – Harian Metro

18